Seri Harmoni menyediakan perkhidmatan penjagaan pokok secara berkala untuk memastikan tanaman anda sentiasa sihat, segar dan terurus. Sesuai untuk rumah, pejabat, kedai, restoran, sekolah, serta projek landskap.
SIRAMAN & PEMANTAUAN TANAMAN
Siraman mengikut keperluan spesifik setiap jenis pokok.
Pemeriksaan keadaan daun, batang, tanah dan keseluruhan kesihatan pokok
PEMBAJAAN BERJADUAL
Penggunaan baja organik/kimia mengikut kesesuaian tanaman.
Jadual pembajaan untuk memastikan pertumbuhan optimum.
PEMANGKASAN & PEMBERSIHAN
Pemangkasan dahan, daun mati dan merapikan bentuk pokok.
Pembersihan pasu, tray air, dan kawasan sekitar tanaman.
RAWATAN SERANGGA & PENYAKIT
Mengesan masalah awal seperti kutu putih, kulat, karat daun.
Cadangan rawatan selamat dan berkesan.
PENGGANTIAN TANAMAN
Jika pokok rosak atau tidak sesuai, kami bantu mencadangkan dan menggantikan dengan tanaman yang lebih serasi.
Pilihan pokok hiasan dan pokok pejabat mengikut konsep dekorasi.
SIAPA YANG SESUAI DAN KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI?
PENGGUNA YANG SESUAI
Pemilik rumah & taman /
Kedai makan / restoran, kafe
Pejabat & bangunan komersial
/ Homestay & hotel
/ Ruang korporat atau dekorasi acara
KELEBIHAN
Penjaga berpengalaman dan mesra OKU
/ Jadual lawatan fleksibel: mingguan,bulanan atau mengikut permintaan
/ Penjagaan profesional mengikut iklim Malaysia
/ Harga mampu milik