Projek Sosial & OKU

Memperkasa OKU Melalui Pertanian Lestari

Projek Sosial & OKU merupakan inisiatif kami dalam memberi peluang latihan dan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui aktiviti pertanian dan pengurusan nursery secara inklusif, selamat dan berperingkat.


Peserta terlibat secara langsung dalam aktiviti seperti:
– Penanaman pokok dan pengurusan polibeg
– Pembersihan serta penyelenggaraan kawasan pertanian
– Asas penjagaan tanaman dan penggunaan media tanaman organik

Aktiviti ini bertujuan membina kemahiran praktikal, meningkatkan keyakinan diri serta menyokong kebolehan berdikari dalam kalangan peserta OKU.



Fokus Utama Projek:
– Latihan kemahiran OKU
– Peluang pekerjaan dan pendapatan
– Pendekatan mesra OKU
– Kelestarian alam sekitar

Harmoni Alam Dari Tangan Istimewa

Kami percaya setiap individu mempunyai potensi untuk menyumbang kepada masyarakat apabila diberi peluang, bimbingan dan persekitaran yang sesuai.